Tindakan susulan Mas Selamat bin Kastari

Pada 21 Jun 2009, Ahad, Pasukan khusus anti- pengganas polis Indonesia, Densus 88, menangkap Syamsul, 50, di sebuah rumah di Jalan Hayam Wuruk, Gang Rangkok, Desa Kedamaian, Kecamatan Tanjung Karang Timur, Bandarlampung. Shamsul merupakan seorang anggota jaringan pengganas Mas Selamat Kastari dan Fajar Taslim yang pernah merancang untuk mengebom Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura. [26]

Syamsul merupakan warganegara Singapura yang bekerja sebagai tukang beca di kawasan Pasar Tugu, Bandarlampung.Syamsul adalah anak buah Selamat Kastari dan didapati telah berkali-kali melakukan pemalsuan identiti selepas pertama kali memasuki Indonesia dan menetap di Tulung Agung di Jawa Timur, sebelum berpindah ke Lampung sejak 2006. dia lazimnya berbahasa Melayu tetapi kini fasih berbahasa Indonesia.[27]

Pengarah Siasatan Jenayah Polis Daerah Lampung Darmawan Sutawijaya menyatakan polis berjaya mengesan setelah mengintip selama 3 bulan.

Rujukan

WikiPedia: Mas Selamat bin Kastari http://news.asiaone.com/News/The+Straits+Times/Sto... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelo... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelo... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelo... http://edition.cnn.com/2008/WORLD/asiapcf/02/29/te... http://www.detiknews.com/read/2008/08/08/070511/98... http://www.detiknews.com/read/2008/08/08/092745/98... http://www.detiknews.com/read/2008/08/08/111131/98... http://afp.google.com/article/ALeqM5hLa7OfclvB6XTx...